Penampilan rasmi Lady Louise Windsor

Pada April 2015, Louise dan paduka adindanya, James, menyertai penglibatan pertama mereka di luar negara dengan menemani bonda dan ayahanda mereka dalam lawatan ke Afrika Selatan.[13] Pada September 2020, Louise menyertai Great British Beach Clean bersama keluarganya di Southsea Beach di Hampshire, sebagai sokongan kepada Persatuan Pemuliharaan Marin.[14][15]

Pada Mac 2022, Louise menghadiri upacara peringatan untuk Putera Philip, Duke Edinburgh.[16] Pada Jun 2022, baginda menghadiri Upacara Kesyukuran Negara Jubli Platinum[17][18] dan Parti Platinum di Istana.[19]

Pada 17 September 2022, semasa tempoh perkabungan rasmi untuk Ratu Elizabeth II, Louise menyertai adindanya dan enam sepupunya untuk berjaga selama 15 minit di sekeliling keranda mendiang Ratu, ketika ia diletakkan di Dewan Westminster untuk orang ramai memberi penghormatan terakhir.[20] Pada 19 September, baginda menyertai ahli keluarga lain di istiadat pemakaman negara mendiang Ratu.[21]

Rujukan

WikiPedia: Lady Louise Windsor http://www.debretts.com/people/royal-family/royal-... http://www.huffingtonpost.com/will-bower/prince-ge... http://news.bbc.co.uk/1/hi/uk/3240966.stm http://news.bbc.co.uk/onthisday/hi/dates/stories/n... https://abcnews.go.com/International/News/queen-el... https://www.goodhousekeeping.com/uk/news/a34092415... https://people.com/royals/queen-elizabeths-grandch... https://news.sky.com/story/who-is-at-the-queens-ju... https://www.tatler.com/article/lady-louise-windsor... https://www.tatler.com/article/platinum-party-at-t...